Perbuatan keji bapa mentua rogol dan bakar menantu perempuan

SEORANG lelaki 55 tahun membakar menantu perempuannya di di Rairangpur, Odisha, India, selepas wanita berkenaan mengancam melaporkan kepada polis perbuatan keji bapa mentuanya itu merogolnya, semalam.

Menurut Hindustan Times, wanita 23 tahun itu bagaimanapun tidak meninggal dunia namun 80 peratus tubuhnya melecur.

Mangsa tinggal dengan keluarga suami yang dikahwininya sejak dua tahun lalu. Dia diserang dan rogol bapa mentuanya dikenali sebagai Ramgopal Khemka, 55, ketika semua orang keluar bekerja, Sabtu lalu.

Mangsa kemudian mengugut melaporkan perbuatan keji itu kepada keluarga, bapa mentuanya berang lalu menyimbahnya dengan minyak tanah dan membakarnya.

Bapa mangsa membuat laporan kepada polis berhubung kejadian itu menyebabkan suspek ditahan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *