Persaudaraan Malaysia dan Arab Saudi semakin kukuh.. – PM

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke Arab Saudi. Lawatan itu juga sempena jemputan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, ketika baginda berkunjung ke Malaysia, tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hasil pertemuan dua hala dengan baginda Raja Salman itu, menunjukkan persaudaraan Malaysia dan Arab Saudi semakin kukuh.

Najib berkata, hasil pertemuan itu mereka telah membincangkan perkara yang dipersetujui ketika baginda berkunjung ke Malaysia sebelum ini.

“Antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah Haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

“Bercakap tentang hubungan kedua-dua negara ini, persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi telah terjalin lama, tetapi bertambah akrab lagi dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama dikunjungi baginda di Asia,” kata Najib.

Katanya kunjungan Raja Salman ke Malaysia telah memberi banyak manfaat pada negara.

“Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan tersebut selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah serta keluarga tercinta,” kata Najib.

Selain itu, beliau juga turut mengucapkan syukur kerana layanan istimewa diberikan Raja Salman kepada beliau dan seluruh anggota rombongan.

Selepas diberi penghormatan memasuki kawasan makan Rasulullah SAW, Datuk Seri Najib Razak juga diberi peluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.

“Kami diberi penghormatan berkunjung ke makam Rasulullah SAW, dan saya juga berpeluang memasuki Kaabah. Syukur Alhamdulillah.

“Semoga hubungan persaudaraan ini akan terus terjalin erat dan bertambah kukuh lagi di masa hadapan, insya-Allah,” tambah Najib.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *