Pesawat mendarat cemas, Lapangan Terbang Chopin dibuka semula selepas 4 jam

WARSAW – Lapangan Terbang Antarabangsa Chopin di sini dibuka semula, semalam empat jam selepas sebuah pesawat milik penerbangan LOT (LOT.UL) melakukan pendaratan kecemasan ekoran masalah kegagalan roda pendaratan.

Ketika kejadian, pesawat jenis Bombardier Dash Q400 membawa 63 orang penumpang dalam penerbangan dari Krakow ke Warsaw.

“Tidak ada perkara buruk berlaku ke atas penumpang,” kata pihak lapangan terbang dalam satu kenyataan. – REUTERS

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *