Pihak berkuasa siasat punca letupan ranapkan 4 buah rumah jadi abu

SEORANG bayi dan budak perempuan lima tahun dalam letupan yang memusnahkan beberapa rumah di timur Hanoi, hari ini, yang turut menyebabkan sekurang-kurangnya lapan lagi cedera.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan di wilayah Bac Ninh itu yang berlaku kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.

Letupan itu meranapkan empat rumah sepenuhnya menjadi abu dan kepingan kecil selain memecahkan tingkap bangunan berdekatan.

Menurut seorang pegawai pihak berkuasa tempatan, letupan berlaku di kawasan yang ramai penduduknya terbabit mengumpul bahan kitar semula serta besi lusuh.

Bayi yang terbunuh itu berusia setahun.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *