Poster seorang lelaki dirakam buang ‘hajat’ tersebar

POSTER seorang lelaki yang dirakam membuang ‘hajat’ ditampal di beberapa kawasan di Cardiff, United Kingdom.

Poster itu menunjukkan seorang lelaki mencangkung di Partridge Lane di Roath, Cardiff.

Ia tertera: “Saya mempunyai dua anak kecil. Mereka bermain di sini ketika saya di dalam garaj. Kami semua menunggang basikal di laluan ini.

“Anda seorang yang mementingkan diri, tidak ada fikiran, jijik dan saya harap gambar ini membuatkan anda berasa malu.”

Ahli majlis tempatan, Dan De’Ath berkata: “Memang ada dalam sejarah tentang isu berkaitan sikap anti-sosial di sepanjang Partridge Lane dan ahli majlis tempatan telah bekerjasama dengan polis yang semakin ramai diletakkan di kawasan ini bagi menangani golongan ini.

“Kami pasti bekerjasama dengan pihak polis dan penduduk setempat untuk menangani sikap menjijikkan ini dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya.”

Terdapat beberapa masalah mengenai sikap anti-sosial berlaku di kawasan tersebut sebelum ini. – Wales Online

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *