Puluhan ribu kediaman putus bekalan elektrik akibat ribut kuat badai New Zealand

WELLINGTON: Ribut kuat membadai Pulau Utara New Zealand hari ini, menyebabkan puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik serta memaksa penduduk di kawasan rendah berpindah.

Perkhidmatan kaji cuaca negara itu berkata, ribut terbabit yang bermula semalam akan terus mencetuskan huru-hara ketika ia bergerak ke selatan ke arah ibu kota ini.

Menurut Institut Penyelidikan Atmosfera dan Air Kebangsaan, hujan lebat di Bandar terbesar New Zealand di Auckland, dalam tempoh dua bulan dalam 24 jam, menyebabkan pihak berkuasa menutup jalan utama dan membatalkan perkhidmatan feri.

Di Kaiaua, bandar tepi laut di selatan Auckland, pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk segera berpindah pagi ini oleh kerana gelombang besar menenggelamkan kawasan di sepanjang tepi pantai.

Angin dengan kelajuan sehingga 128 kilometer sejam menerbangkan bumbung, menumbangkan pokok dan menghanyutkan bot, menurut media tempatan.

Lebih 20,000 kediaman bergelap termasuk 12,000 di Auckland, menurut akhbar New Zealand Herald.

Syarikat penerbangan Air New Zealand berkata di Twitter operasi penerbangan mungkin terjejas akibat cuaca buruk di seluruh negara. -Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *