Pusat komuniti terbakar, 11 disahkan meninggal dunia

LISBON: Sebelas maut, termasuk dua mangsa disahkan meninggal dunia di hospital apabila sebuah pusat komuniti di utara Portugal terbakar, lapor Kementerian Kesihatan.

Seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun meninggal dunia, Sabtu lalu di hospital di Porto, manakala seorang lagi berusia 57 tahun menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Mereka adalah antara 40 mangsa yang lemas akibat menyedut asap atau cedera teruk dipijak ketika kebakaran itu berlaku.

Kebakaran di perkampungan Vila Nova da Rainha, kira-kira 265 kilometer di utara Lisbon berkenaan dipercayai berpunca daripada dapur kayu.

Ketika tragedi berlaku, kira-kira 70 ahli kumpulan kebudayaan dan kebajikan berkenaan dikatakan sedang menonton perlawanan bola sepak di televisyen selepas selesai bermain kad. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *