Rakyat Malaysia dipelawa sertai kempen ‘Bangkitlah Negaraku’

Bangkitlah Negaraku adalah tentang peranan rakyat Malaysia untuk membangunkan dan memperjuang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan kempen Bangkitlah Negaraku itu bertujuan untuk sama-sama rakyat negara ini membantu mengerakkan nasional ke arah Malaysia yang lebih baik.

Beliau berkata, tidak mengira kaum, bahasa atau agama, rakyat Malaysia menjalinkan melalui cinta kepada negara ini.

Katanya, rakyat negara ini juga dipelawa untuk menyertai kempen Bangkitlah Negaraku terbabit.

“Bangkitlah Negaraku adalah mengenai peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama bangkit dan berjuang ke arah sebuah negara yang lebih baik.

“Bangkitlah Negaraku menjemput anda menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan informasi terkini dan jemputan ke acara terpilih bersama saya,” katanya.

Menerusi kempen berkenaan, mereka yang berdaftar akan menjadi orang pertama mendapat informasi terkini dan jemputan ke acara-acara terpilih bersamanya.

Menurutnya, dalam era maklumat digital mudah mudah dicapai, rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Selain itu, mereka yang mendaftar juga akan menerima barangan eksklusif Bangkitlah Negaraku.

“Selepas anda mendaftar, anda juga akan menerima barangan eksklusif Bangkitlah Negaraku.

“Sertai saya dalam perjalanan ke arah sebuah negara yang lebih hebat, Malaysia yang lebih unggul. Bangkitlah Negaraku!” katanya.

Bagi menyertai Bangkitlah Negaraku, mereka yang berminat perlu mendaftar di laman www.najibrazak.com/bm/bangkitlah-negaraku/ di mana setiap pendaftaran akan mendapat sehelai kemeja-T.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *