Rakyat miskin di P.Pinang semakin tiada ruang dibawah pentadbiran DAP

Rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri Pulau Pinang dilihat semakin tiada ruang dibawah pentadbiran DAP. Rakyat di negeri Pulau Mutiara ini terus diasak dengan pelbagai caj dan cukai yang dikenakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang jelas tidak masuk akal.

Hartanah di Pulau Pinang akan terus meningkat tinggi sehingga mencecah harga yang tidak munasabah. Punca hartanah di negeri Pulau Pinang melambung tinggi apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak menaikkan caj-caj seperti caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar.

Begitu juga dengan caj tempat letak kereta yang dikenakan dari RM15,000 setiap bay kepada RM25,000 setiap bay. Caj kemudahan komuniti pula dikenakan sebanyak RM25 setiap kaki persegi hingga RM500 setiap persegi.

Dan juga caj perumahan kos rendah dikenakan sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang. Manakala, RM150,000 pula dikenakan ke atas pemaju bukan Pulau Pinang.

Selain itu, caj untuk taska dikenakan sebanyak RM500 per kaki persegi. Tiada caj ini sebelum tahun tahun 2008. Caj ini hanya wujud bila parti Roket itu mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008.

Itu sebab ada yang berpendapat bahawa rumah di negeri Pulau Pinang bukan rumah mampu dimiliki, sebaliknya hanya mampu tengok sahaja. Ini kerana harga rumah di Pulau Pinang terlalu tinggi dan di luar kemampuan majoriti rakyat Pulau Pinang.

Kebanyakkan pemaju akan membina rumah antara harga RM400,000 sehingga RM3.5juta bagi teres atau kondominum. Ini kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2009 telah memperkenalkan cas kepada peningkatan nilai tanah (charge for enhancement of land value) daripada 25% kepada 50% di kawasan pulau dan buat pertama kalinya sebanyak 12% di Seberang Perai.

Polisi ini dibuat setelah lebih 20 tahun tiada perubahan cas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga bertindak menaikkan cas pembangunan untuk perumahan sebanyak 300% iaitu daripada RM5 kepada RM15 per kaki persegi dan daripada RM7 kepada RM21 untuk lot komersil.

Jika satu ekar tanah berharga harga RM1 juta dan nilai tanah meningkat sehingga RM5juta akibat perubahan penggunaan tanah untuk perumahan, maka cas 50% kepada peningkatan harga tanah adalah sebanyak RM2juta (50% daripada perbezaan di antara harga peningkatan dengan harga asal).

Dan jika satu ekar boleh dibina 12 rumah teres, kesan dari polisi 2009 berkenaan telah menyebabkan kos tambahan ke atas setiap pembeli satu unit rumah teres sebanyak RM170,000. Cas ini juga akan menjadi punca harga rumah di negeri Pulau Mutiara itu mencecah harga yang tidak munasabah.

Tahun 2009 juga, kerajaan DAP Pulau Pinang turut memperkenalkan dasar perlepasan 30% pembinaan rumah kos rendah kepada pemaju dengan bayaran sebanyak RM120,000 seunit dan juga perlepasan untuk kouta bumiputera.

Dengan ini, pemaju boleh untuk tidak membina rumah kos rendah atau menghapuskan koata bumiputera dengan membayar kepada kerajaan negeri. Ini dapat dilihat pada tahun 2015, sebanyak 55 projek atau sejumlah 1430 unit koata bumiputera telah dihapuskan dengan bayaran kepada kerajaan negeri oleh pemaju.

Rakyat harus tahu bahawa kadar inflasi harga rumah di negeri itu pada tahun 2015 adalah 7.6%, ini bermakna harga rumah semakin meningkat sejak parti Roket itu mentadbir negeri itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *