Ranveer Singh Tak Selesa Disamakan Dengan Shah Rukh Khan

Jika selama ini anda merasakan yang tiada sesiapa boleh menandingi kehebatan raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dalam industri lakonan Bollywood, mungkin tanggapan itu perlu ditukar kerana bintang yang semakin bersinar, Ranveer Singh dikatakan bakal menandingi populariti Raja Khan itu.

Malah, produser dan pengarah terkenal India, Aditya Chopra turut telah mengelarkan Aditya sebagai ‘The Next Shah Rukh Khan’ atau ‘Shah Rukh Khan Yang Seterusnya’.

Itu adalah disebabkan oleh kehebatan Ranveer untuk menghidupkan pelbagai watak yang diberikan padanya dengan sempuran telah memikat hati ramai pengarah. Seperti watak Ram di dalam filem ‘Goliyon Ki Raasleela Ram-Lela’ atau dalam filem terbarunya, ‘Padmavati’.

Dimana dalam filem yang dijadualkan keluar pada tahun hadapan itu, Ranveer akan melakonakan watak sultan kejam yang bernama Alauddin Khilji. Berita mengenai populariti Ranveer bakal menandingi popularity SRK itu juga turut telah menjadi tajuk utama media di India.

Akan tetapi, bagi pelakon ‘Bajirao Mastani’ itu lakonannya masih tidak setanding dengan sehingga perlu disamakan dengan SRK, dan itu membuatkan dia berasa tidak selesa disamakan dengan SRK.

Itu kerana, padanya penglibatan SRK dalam industri Bollywood tidak boleh ditandingi oleh sesiapa tambahan pula dia hanya pendatang baru dalam industri yang masih perlu banyak belajar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *