Rawat Penyakit Kurap Kucing Dengan Kunyit Hidup

Betul lah orang kata bela kucing ni memang seronok. Boleh jadi peneman dan pendengar yang setia kita. Tapi rasanya itu bila kita bela seekor je, kalau ada lebih dari dua ekor tu selalunya dia akan buat tak tahu je dengan kita. Nak makan baru datang buat-buat manja.

Siapa ada pengalaman macam ni? Mesti rasa sakit je hati kan. Sama la kami pun melalui perkara yang sama. Sabar je lah.

Penjagaan kucing ni memang agak renyah sikit ye, makanana, tempat tidur dan segala penyakit dia kena jaga. Tapi dalam banyak-banyak hal sekali bila jadi luka atau kurap pada badan kucing.

Masalah ni cukup popular dikalangan kucing-kucing ye. Kadang-kadang kesian tengok sampai togel, dari berbulu lebat hilang sampai tinggal nampak kulit je.

Disini kami ingin kongsikan petua untuk merawat luka, kudis atau kurap pada kucing anda.

Caranya mudah sahaja, ambil kunyit hidup kemudian tumbuk sehingga lumat dan sapukan pada bahagian yang berpenyakit tu. Sapukan selang sehari sahaja InshaAllah selepas 2 minggu penyakit tu akan sembuh dan bulu-bulunya akan tumbuh semula.

Tapi kalau penyakitnya itu kelihatan teruk sangat sebaiknya bawa lah kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan dulu.

Semoga si comel anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *