Ricky Martin Umumkan Pernikahan Sesama Jenis

Seperti yang semua orang ketahui, sekitar tahun 2010, penyanyi, pelakon dan juga penulis, Ricky Martin pernah mengejutkan dunia apabila mengumumkan yang dia menyukai lelaki atau lebih dikenali sebagai gay.

Enam tahun selepas mengumumkan yang dia adalah gay, Ricky telah melamar kekasihnya yang merupakan seorang pelukis bernama Jwan Yosef yang dikenalinya secara kebetulan selepas terjatuh hati apabila melihat lukisan lelaki itu.

Kali ini, Ricky sekali lagi membuat berita sensasi apabila mengumumkan yang dia telah berkahwin dengan kekasihnya itu. Meskipun, tiada menyatakan bila majlis perkahwinannya telah berlangsung tetapi Ricky berjanji untuk membuat parti dan menjemput orang ramai hadir ke parti itu.

Ricky membuat pendedahan itu pada US Magazine dengan mengatakan yang dia kini adalah seorang suami, dan akan mengadakan parti sempena perkahwinannya itu pada beberapa bulan akan datang, dan akan memberitahu maklumat mengenai parti itu kelak.

Jelas Ricky, walaupun perkahwinannya itu adalah sesama jantina, tetapi majlis perkahwinannya telah diadakan sama seperti pasangan biasa dimana mereka telah bertukar ikrar, janji perkahwinan, menandatangani dokumen, perjanjian pra-perkahwinan dan sebagainya sama seperti perkahwinan normal.

Sementara itu, sebelum bertemu dengan Jwan, Ricky sudah mempunyai anak kembar sepasang bernama, Valentino dan Matteo yang lahir melalui proses ibu tumpang. Apapun, selamat penggantin baru buat Ricky Martin dan Jwan Yosef. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *