Rita Rudaini Tabah Jalani Tugas Sebagai Ibu Tunggal

Hari pertama persekolahan pasti adalah hari paling mencabar untuk ibu bapa tambahan pula jika anak itu baru hendak memasuki alam persekolahan dan masih tidak biasa dengan suasana persekolahan, dimana pasti akan ada pelbagai aksi daripada anak-anak itu kerana tidak mahu berpisah dengan ibu bapa mereka.

Namun, cabaran itu akan menjadi lebih mencabar bagi ibu tunggal kerana perlu menguruskan urusan anak seorang diri tanpa bantuan daripada seorang suami atau bapa dan keperitan itu turut dirasai oleh pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Menerusi posting di Instagram-nya, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ itu mengatakan yang hari pertama sesi persekolahan bukanlah satu keadaan yang mudah untuk ibu tunggal sepertinya kerana dia perlu kerja lebih untuk membeli keperluan sekolah untuk dua orang anaknya.

Namun Rita, bersyukur kerana rezeki anaknya sentiasa ada meskipun dia menanggung dan menguruskan keperluan mereka sendirian tanpa bantuan orang gaji mahupun pembantu peribadi.  Itu kerana, bagi Rita melihat anak-anaknya membesar di depan matanya adalah satu momen yang penting.

Dan sudah pastinya sebagai ibu, Rita akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kedua anaknya itu. Akan tetapi Rita juga turut bersyukur kerana anaknya, Arjuna sangat berdikari sehinggakan menyuruh Rita pulang ke rumah  dan tidak perlu menemaninya seperti ibu bapa yang lain.

Kagum sebenarnya dengan Rita Rudaini ini, meskipun perlu bersusah payah mencari wang untuk membesarkan anak-anaknya tetapi Rita tetap positif jalani kehidupannya.

Tapi, tertanya-tanya juga bekas suami Rita memang tidak ambil tahu langsung ke pasal anak-anak dia? Tak akan lepas bercerai terus lepas tangan seolah-olah itu bukan tanggungjawabnya. Harap Rita bertabah dan pasti akan ada balasan yang terbaik untuk pengorbanan Rita itu suatu hari nanti. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *