Rossa Luahkan Keinginan Mahu Berkahwin Semula Selepas 10 Tahun

Selepas hampir satu dekat bercerai dengan bekas suaminya, Yoyo, Rossa akhirnya meluahkan hasrat hatinya untuk berkahwin semula. Penyanyi bertubuh genit itu mengakui yang tidak mudah sebenarnya hidup bersendirian, tambahan lagi dia mempunyai anak yang semakin membesar.

Jelas Rossa, agak sombong jika dia mempunyai fikiran yang dia hidupnya senang bersendirian walhal tidak dan sebagai manusia biasa, dia hanya mampu merancang tetapi akhirnya ia tetap berserah kepada Allah SWT.

Meskipun telah membuka hatinya untuk berkahwin semula, tetapi sehingga sekarang Rossa masih belum memperkenalkan indentiti jejaka yang telah berjaya memenangi hatinya itu, tetapi itu tidak bermakna Rossa tidak pernah berkawan rapat dengan mana-mana jejaka.

Selain rapat dengan penyanyi Afgan, Rossa juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan dua orang lagi jejeka yang mungkin telah berjaya membuatkan hati Rossa terbuka untuk berkahwin semula, dan salah seorangnya adalah Ivan Gunawan.

Sebelum berkahwin dan bercerai dengan bekas suaminya, Rossa pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Ivan yang merupakan seorang pereka fesyen dan pengacara. Malah, Ivan juga pernah dikatakan menjadi punca Rossa bercerai tetapi sehingga kini status mereka hanyalah sebagai kawan sahaja.

Jejaka kedua yang rapat dengan Rossa adalah seperti yang semua ketahui, dan yang paling disebut-sebut sebagai kekasih serta bakal suami Rossa iaitu, Afgan Shah Reza. Meskipun tidak pernah mengumumkan status sebenar hubungan mereka, tetapi keakrabat kedua penyanyi itu menunjukkan seolah-olah seperti mereka sedang bercinta.

Dan, akhir sekali adalah seorang jejaka misteri daripada Malaysia yang mana gosip mengenai pernikahan diantara Rossa dengan jejajak misteri dari Malaysia itu pernah tersebar pada pertengahan bulan Januari 2017 kerana Rossa dilihat kerap berulang alik dari Malaysia ke Jakarta pada tahun lalu.

Namun, berita itu menyepi begitu sahaja dan itu juga menandakan yang khabar angin mengenai perkahwinan itu tidak benar. Tetapi, itu tidak bermakna jejaka misteri dari Malaysia itu tidak wujud. Agak-agaknya siapalah jejaka misteri dari Malaysia yang berjaya berkawan rapat dengan Rossa? –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *