Rumah terbakar gara-gara nak bunuh labah-labah serigala

LABAH-LABAH memang mampu menggerunkan siapa sahaja, lebih-lebih lagi jika ia bersaiz besar dan berbisa.

Seorang lelaki dari Redding, California di Amerika Syarikat menyalakan penunu bagas ketika cuba menghapuskan seekor labah-labah yang berada di kediamannya.

Malangnya, kebakaran berlaku apabila penunu bagas itu diacukan ke arah tilam dan ia merebak ke langsir serta almari pakaian sebelum menyebabkan rumah lelaki itu hangus.

Contoh labah-labah serigala. – Infinite Spider

“Labah-labah serigala itu sangat besar,” kata Lyndsey Wisegarver yang bekerja bersama seorang lagi penduduk di bangunan itu.

Tiada siapa yang cedera dalam kebakaran itu, tetapi ia telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$11,000 (RM43,992). – Newsfixdaily

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *