Safiey Ilias Menari Sambut Tahun Baru Di Pantai Langkawi

Beberapa minggu yang lepas, usahawan muda yang berjaya lagi terkenal iaitu Safiey Ilias telah membuat satu kontroversi hangat apabila dia dilihat cuba untuk menjadi ‘wanita’ semula selepas nekad ingin kembali ke jalan yang benar setahun yang lalu.

Meskipun tidak pernah memberikan jawapan kepada spekulasi netizen itu, tetapi dari cara pemakaian serta beberapa keping gambar yang Safiey muat naik di Instagram seolah-olah menunjukkan yang dia ingin kembali menjadi ‘wanita’ semula.

Tambahan pula, Safiey tanpa segan menayangkan teman lelakinya serta gambarnya sedang memilih silikon di sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok.

Disebabkan semua itu, netizen yang sudah pastinya tidak bersetuju dengan tindakan Safiey itu telah membanjiri ruangan komen IG Safiey dengan pelbagai komen berbaur kecaman.

Namun, Safiey memilih untuk menambahkan lagi persoalan dalam fikiran netizen dengan mengatakan yang semua itu hanya akan terjawab pada 31 Disember 2017 lalu. Tetapi, sehingga kini masih tiada lagi kejutan yang dilakukan oleh Safiey.

Malah, persoalan itu bertambah apabila melihat Safiey dengan gembiranya menyambut tahun baru bersama kawan baiknya sambil menari kegembiraan dengan memakai pakaian perempuan di pantai Langkawi.

Disebabkan masih tiada jawapan kejutan, ramai tertanya-tanya adakah video tarian sambutan tahun baru itu adalah kejutan yang Safiey janji ngin berikan kepada netizen di Malaysia yang mana dia memang benar-benar ingin menjadi ‘wanita’ semula.

Selain itu,  akaun Istagram Safiey juga sudah tidak aktif dan itu tidak pasti sama ada Safiey sendiri telah menutup akaun Instagram-nya atau akaun Instagram usahwan berjaya itu telah disekat oleh Instagram kerana netizen memilih untuk memboikotnya.

Apapun, pengumuman kejutan Safiey itu harap ia masih berada di jalan yang benar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *