Salman Khan Terpaksa Upah Polis Jadi Bodyguard Selepas Diugut Bunuh

Jika sebelum ini kita hanya lihat gangster hantar ugutan bunuh kepada selebriti dan situasi seperti itu sudah cukup menakutkan cuba bayangkan jika ia benar-benar terjadi di dunia nyata. Tambahan pula, jika ketua gangster itu pernah terlibat dalam 20 kes jenayah.

Malah, ugutan itu juga turut membuatkan pelakon ‘Bajrani Baijan’, Salman Khan berasa gentar sehinggakan dia terpaksa mengupah polis untuk mengawal keselamatannya dengan ketat selepas mendapat ugutan bunuh daripada ketua gangster.

Ini kerana, baru-baru ini, menurut laporan media tempatan, ketua gangster Rajasthan, Lawrence Bishnoi secara terang-terangnya telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan membunuh Salman Khan di Jodphur

Meskipun telah ditahan polis kerana membuat ugutan itu, tetapi Bishnoi dengan beraninya mengatakan yang dia boleh melarikan diri dari penjara pada bila-bila masa sahaja dan membunuh Salman Khan di Jodphur.

Hamboi, marah betul Bishnoi pada Salman Khan sampai terlalu ingin untuk membunuh pelakon terkenal itu, tetapi atas sebab apa pula ugutan bunuh itu dikeluarkan masih tidak diketahui dan masih di dalam siasatan pihak polis.

Namun, Pesuruhjaya Polis Daerah Jodhpur, Ashok Rathore mengatakan yang mereka mengambil serius ugutan Bishnoi itu dan akan mengetatkan kawalan keselamatan pada Salman Khan supaya keselamatannya terjamin.

Apapun, diharap agar isu ini tidak berakhir dengan pertumpahan darah.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *