Shah Rukh Khan Letak Syarat Ketat Untuk Anak-Anak Sebelum Ceburi Dunia Seni

Ramai orang menyangka yang menjadi anak seorang selebriti terkenal dan ternama pasti akan memudahkan jalan mereka untuk menjejaki langkah ibu atau bapa mereka ketika hendak menceburi bidang yang sama.

Ia mungkin berkesan kepada sesetengah pihak tetapi tidak buat Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dimana meskipun ruang untuk anaknya masuk ke dalam industry seni Bollywood telah terbuka luas, SRK memilih untuk meletakkan syarat yang ketat untuk anak-anaknya.

Dimana, sebelum mengikuti jejak langkahnya, anak-anaknya iaitu Aryan, Suhana dan Abram perlu menamatkan pengajian mereka terlebih dahulu.  Ia mungkin kerana, meskipun bergelar seorang pelakon terkenal, SRK turut mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dari Kolej Hansraj, New Delhi.

Betul juga, tiada ibu bapa yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran mereka. Malah, meskipun sentiasa kelihatan gagah ketika berlakon, SRK sebenarnya mempunyai sisi yang lain jika melibatkan hal kekeluargaan.

Ini kerana, baru-baru ini SRK dilihat telah meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa berpisah dengan dua orang anaknya, Aryan dan Suhana kembali semula ke kolej dan juga sekolah mereka selepas musim cuti sekolah berakhir.

Anak sulung SRK, Aryan telah pulang ke California kerana sedang mempelajari bidang perfileman, manakala Suhana pula telah kembali ke Mumbai untuk mereruskan persekolahannya di Sekolah Antarabangsa Dhirubhai Ambani. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *