Sisa Kulit Telur Mampu Jadi Baja Organik Untuk Tanaman

Siapa kata manusia je perlukan makanan tambahan. Tumbuhan juga perlukan makanan tambahan ataupun baja untuk hidup lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.

Terdapat pelbagai jenis baja yang dijual di pasaran, tetapi kita tak pasti sama ada baja tersebut adalah diperbuat dari bahan organik atau berkimia.

Jangan khuatir, selepas ini anda boleh hasilkan sendiri baja organik hanya dengan menggunakan bahan yang terdapat didalam rumah sahaja iaitu kulit telur.

Jadi mulai harini jangan dibuang terus kulit telur yang telah anda gunakan. Sisa kulit telur ini banyak sangat bermanfaat untuk tanaman anda. Hebat kan! Daripada isi ayam sehingga ke kulit telurnya sangat berguna untuk manusia.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda semua cara Pn Norisniyati Abdul Hamid menghasilkan baja organik menggunakan sisa kulit telur. Caranya basuh kulit telur sehingga bersih kemudian jemurkan ia pada bawah cahaya matahari. Selepas kering beberapa jam, tumbuk hancur kulit telur tadi dengan menggunakan lesung batu.

Setelah selesai menumbuk, simpan serbuk kulit telur ke dalam bekas kedap udara. Anda cuma perlu taburkan sahaja pada pokok ataupun tanaman seminggu sekali. Mudah kan! Ringkas je yang pasti ianya 100% organik okay.

Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *