Sistem kekeluargaan runtuh jika terlampau taksub bermedia sosial

Media sosial ini digunakan untuk merapatkan orang yang jauh untuk lebih dekat secara alam maya. Namun begitu, ramai orang yang telah menyalahguna media sosial ini apabila mereka terlalu taksub menggunakannya.

Bukan sahaja memberi kesan buruk dalam masyarakat apabila sudah semakin kurang bergaul dengan masyarakat. Tetapi, akan menyebabkan sistem kekeluargaan akan runtuh.

Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) Redzuan Zamberi berkata apabila ibubapa sudah tidak menunjukkan kasih sayang dan perhatian, anak-anak akan mula mencari alternatif di luar rumah.

“Perbualan di aplikasi sosial dan tidak bersemuka hanya berlaku dengan perkataan, bukan perasaan. Lama kelamaan, anak-anak akan mencari alternatif di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, apabila terlalu taksub dengan media sosial masa berkualiti bersama keluarga semakin berkurang. Keluarga akan sudah mula kurang untuk berkongsi masa bersama-sama.

Beliau berkata, jika dibanding zaman dahulu yang tidak didedahkan dengan media sosial, masyarakat tidak terlalu mendedahkan semua perkara di media sosial. Tetapi, masyarakat kini lebih banyak berkongsi perasaan di media sosial.

“Perkembangan kerjaya ibu bapa dan teknologi membuatkan masa semakin kurang memberi masa kepada anak-anak.

“Kebanyakan demografi penduduk bagi generasi lama dan baru ada persamaan. Generasi X juga banyak mengikut cara generasi Y.

“Kalau dulu, ibu bapa mungkin tiada kekangan masa kerana kerja, banyak yang duduk di rumah dan dapat menumpukan sepenuh masa kepada perkembangan anak. Segala-galanya dapat dibuat secara bersemuka,” katanya.

Malah, Redzuan mendedahkan terdapat kajian dibuat ibubapa yang terlalu sibuk sehingga langsung tidak sempat berbual dengan anak akan memberi kesan jangka panjang pada proses kehidupan anak dan orang sekeliling.

“Ada kajian yang dibuat juga mendapati, ada anak yang tidak sempat berbual dengan ibu bapa kerana terlalu sibuk, itu akan menyebabkan proses kehidupan terganggu kerana tiada perasaan dan kasih sayang,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *