Superstar Rajnikanth Akhirnya Ceburi Bidang Politik

Penantian peminat-peminat pelakon lagenda India yang pernah membintangi filem seperti ‘Kabali’, ‘Enthiran’, ‘2.0’, ‘Sivaji’ dan banyak lagi iaitu Rajnikanth akhirnya telah berakhir apabila beliau mengumumkan yang beliau akan menyertai politik pada hari Ahad lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelakon lagenda yang berusia 67 tahun itu akan membentuk parti politiknya sendiri dan bakal bertanding di semua kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya pada tahun 2021 akan datang.

Dalam temubualnya, pelakon yang digelarkan sebagai ‘superstar’ itu mengatakan yang beliau memutuskan untuk menyertai politik bukan kerana jawatan, wang atau kemasyuran tetapi ia adalah disebabkan oleh tugasnya untuk mengubah sistem di Tamil Nadu.

Dalam ucapannya, ‘superstar’ itu turut mengatakan yang dia akan berjuang dalam politik tanpa berpihak pada mana-mana kasta atu agama dan jika dia gagal untuk menunaikan janjinya itu dalam masa tiga tahun, dia akan meletakkan jawatan.

Berita mengenai penglibatan ‘superstar’ kesayangan ramai itu dalam dunia politik telah disambut dengan sangat meriah oleh peminat-peminatnya yang sudah sekian lama menantikan detik itu dengan membakar bunga api dan melaungkan slogan sokongan di luar dewan.

Namun, bukan itu sahaja, malah pengguna media sosial juga turut berkongsi kegembiraan dan sokongan mereka pada berita kemasukan bintang kesayangan ramai itu dalam dunia politik, dimana mereka turut berasa yakin yang pelakon itu mampu mengubah masa depan Tamil Nadu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *