‘Surat Cinta Untuk Starla The Movie’ Meletup Di Panggung Indonesia

Memasuki hari ke-14 ditayangkan, filem ‘Surat Cinta Untuk Starla’ telah ditonton sebanyak 1.1 juta penonton atau lebih tepat lagi 1,137,808 juta dan itu membuatkan filem itu telah mencipta kedudukan di dlaam carta box office di Indonesia.

Malah, sehingga kini, filem lakonan Jefri Nichol dan Caitlin Halderman itu masih lagi ditonton oleh ramai orang terutama sekali golongan remaja tidak kira secara berkumpulan ataupun bersendirian meskipun musim cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya.

Namun, bukan itu sahaja, tetapi, ganding dua bintang yang menjadi tunggak untuk filem itu juga turut sama memainkan peranan penting kerana kehadiran Jefri Nicole dan Caitlin Halderman di beberapa pawagam telah berjaya menarik penonton untuk datang menyakiskan filem itu.

Sesi jelajah ‘Surat Cinta Untuk Starla’ yang dilakukan oleh Jefri Nicole dan Caitlin Halderman masih lagi berterusan dan itu menunjukkan yang Screenplay Films benar-benar ingin menghidupkan semula panggung Indonesia yang telah lama kesepian.

Sementara itu, filem ‘Surat Cinta Untuk Starla’ menceritakan mengenai jejaka bernama Hema yang obsess terhadap cinta dan mempunyai keunikan untuk membuat surat cinta untuk alam mengunakan mesin taip lama.

Sehingga pada suatu hari, Hema berkenalan dengan Starla iaitu seorang perempuan cantik yang telah berjaya membuatkannya jatuh cinta dan buat pertama kalinya, Hema sedar yang surat cinta yang lebih indah daripada alam adalah surat cinta untuk Starla.

Akan tetapi tidak pasti sama ada filem ini akan ditayangkan di Malaysia atau pun tidak. Apapun, kita layan dahulu trailer rasmi filem ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *