Terlajak Kurus Akan Mengundang 5 Penyakit Ini

Zaman sekarang ni ramai orang tak kira lelaki mahupun perempuan semua sibuk nak kelihatan cantik. Bukan sahaja nak cantik malah berlumba-lumba nak kelihatan kurus.

Ada tu, tidak la gemuk pun tetapi masih menganggap badan mereka gempal. Ye memang betul pun, orng yang berbadan besar lebih cenderung untuk terkena pelbagai penyakit seperti kencing manis, jantung, obesiti, strok dan sebagainya.

Namun begitu, anda pasti ke orang kurus tidak boleh terkena penyakit? Jom baca entri dibawah ini untuk ketahui jenis penyakit yang boleh dihadapi jika anda mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau melampau.

1. Osteoporosis / Tulang Rapuh

Untuk pengetahuan anda, lemak adalah sanagt diperlukan didalam tubuh badan kita. Ini kerana dengan lemak inilah akan terhasilnya estrogen. Estrogen ini pula sangat diperlukan oleh tulang. Tanpa estrogen yang cukup tulang akan mudah menjadi rapuh dan rosak.

2. Masalah Kesuburan

Terlampau kurus sangat akan menyebabkan anda menghidapi masalah reproduksi bagi wanita. Kitaran haid anda akan menjadi tidak menentu dan berisiko untuk terhenti sehingga menyebabkan anda susah untuk hamil. Terdapat satu kajian menyatakan, wanita yang terlalu kurus ketika hamil berisiko besar untuk mengalami keguguran pada trimester pertama.

3. Anemia

Kekurangan sel darah merah atau anemia juga akan mudah menyerang jika badan terlampau kurus. Ini kerana badan kekurangan zat besi, vitamin B12 dan folat yang sangat penting untuk sistem tubuh. Anda akan cepat merasa letih, degup jantung tidak normal, sesak nafas, pening, dan sesak nafas.

4. Kurang Daya Tahan

Individu yang kekurangan berat badan lebih mudah diserang penyakit seperti demam, selesema, batuk berikutan perubahan cuaca. Ini kerana sistem kekebalan badan tidak dapat bahan bakar dan tenaga yang cukup untuk melawan virus jahat.

5. Kencing Manis & Sakit Jantung

Ternyata penyakit jantung dan kencing manis bukan menyerang orang yang berbadan besar sahaja. Disebabkan daya ketahanan dalam badan kurang lah yang menyebabkan individu yang berbadan kurus juga mudah mendapat penyakit ini.

Sebenarnya tiada salah pun nak kurus, malah sangat bagus dan digalakkan. Tetapi perlulah seimbang, kesihatan badan juga perlu dijaga jika tidak anda berisiko untuk mendapat penyakit diatas. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *