TN50 tak akan berjaya jika rakyat gagal tangani masalah Stres

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan dilakukan oleh warga Malaysia sendiri. Tetapi, TN50 yang menggariskan kesejahteraan rakyat tidak akan berjaya jika rakyat gagal untuk tangani masalah stres.

Daripada kajian kesihatan dan morbiditi Kebangsaan 1996, 2006 dan 2015 rakyat Malaysia tidak terkecuali mengalami gangguan kesihatan mental seperti stres. Malah, statistik kes gangguan kesihatan mental di Malaysia meningkat setiap tahun.

Pada 1996, kajian mendapati hanya 10.7 peratus kes gangguan kesihatan mental di Malaysia. Pada 2005, ia meningkat sedikit kepada 11.2 peratus. Peningkatan mendadak dua kali ganda berlaku pada 2015 dengan peratusan kes 29.2 peratus. Daripada angka ini, kita tidak boleh menafikan bahawa sememangnya rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan mental seperti stres yang teruk.

Stress ini boleh berlaku tidak mengira usia dari bayi, kanak-kanak, dewasa, hingga orang tua. Perkara ini berlaku apabila keperluan atau kehendak seseorang itu tidak dipenuhi oleh keupayaan terhad yang dimiliki.

Jika ia dibiarkan dan tidak mencari jalan penyelesaian oleh penghidap stres terbabit, boleh berlaku kemurungan atau depresi.

Keupayaan rakyat Malaysia untuk menangani stres akan menunjukkan kejayaan pencapaian TN50. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bukan sahaja perlu dilihat dari segi fizikal, tetapi dari segi mental.

Perkara paling penting dalam menyelesaikan kesihatan mental adalan dengan menangai stres secara berkesan. Meningkatkan keupayaan mental dan mempelajari strategi daya tindak terhadap stres boleh memberi jalan penyelesaian pada kejayaan TN50.

Dalam usaha untuk mencapai hasrat TN50, semua pihak mempunyai peranan penting dalam mengekang masalah stres ini daripada terus menjadi parah. –utaranews

Kredit – Prof Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *