Trend kahwin muda jadi punca banyak kes penceraian?

Perkahwinan itu memang sesuatu yang indah, dan semua orang yang berkahwin inginkan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Tiada siapa yang mahu berkahwin dengan niat mahu bercerai.

Kini sudah menjadi trend seawal usia 17 tahun pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kebaikan pasangan muda ini berkahwin antaranya dapat mengelakkan zina.

Namun begitu, terdapat perangkaan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencatatkan kes perceraian sebanyak 27,116 perceraian pada tahun 2009 berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan.

Pasangan yang paling tinggi bercerai terdiri daripada pasangan yang berkahwin di usia muda. Adakah trend kahwin muda ini yang menjadikan punca banyak kes penceraian?

Perkahwinan ini bukanlah hanya sekadar cinta semata-mata tetapi juga melibatkan tanggungjawab, kewangan, ilmu rumah tangga dan banyak lagi. Oleh itu, pasangan muda ini bercerai dikatakan sebab tidak mempunyai ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tidak sabar dan seumpamanya. Bila bertengkar, mereka mengambil jalan mudah dengan bercerai.

Malah, terdapat dua trend kahwin pasangan muda sekarang mula menular di media sosial. Pertama, kahwin muda tetapi jodoh tidak panjang sebab pasangan ‘pemalas’. Kemudian bekas pasangan membuat thread untuk memburukan pasangan bagi pelajar membaca.

Kedua, kahwin muda selepas SPM, selepas itu buat thread hidup bahagia sambil promo IG bisnes.

Tidak dinafikan kahwin muda ini tidak salah, tetapi pasangan muda perlu tahu tujuan kahwin itu untuk apa. Bukan kahwin hanya untuk melempiaskan nafsu, kerana nafsu perkahwinan yang dibina tidak akan berpanjangan.

Orang tua dulu-dulu kahwin bukan kerana cinta tetapi sebab amanah, sebab itu tak kenal pun mereka kahwin dan hidup rumahtangga kekal bahagia.

Pasangan muda sekarang kahwin kebanyakkan atas dasar cinta. Cinta sahaja tidak cukup jika tidak mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan suami.

Mahu melangkah ke alam rumah tangga bukan perkara yang boleh dibuat main-main tetapi ia memerlukan kesabaran. Sebab itu apabila mahu mengambil keputusan untuk berkahwin ia memerlukan persediaan betul supaya rumahtangga yang dibina tidak retak. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *