Twice Akan Kembali Gegaran Jepun Dengan “Candy Pop”

Tahun lalu, ‘girls group’ terkenal Korea Selatan, Twice telah meraih kejayaan terbesar melalui debut pertama mereka di Jepun sehinggakan kumpulan yang dianggotai oleh Tzuyu, Momo, Sana, Nayeon, Jihyo, Dahyun, Jeongyeon, Chaeyoung, dan Mina itu telah menerima undangan ke festival muzik berprestij di Jepun.

Yang mana, festival itu juga digelar berprestij kerana ia telah ditayangkan pada setiap malam tahun baru di stesen TV NHK, ‘Kohaku Uta Gaseen’. Dan, sempena tahun baru 2018 ini, kumpulan itu telah bersedia untuk mengengarkan semula Jepun melalui single terbaru mereka yang bertajuk, ‘Candy Pop’.

Meskipun single ‘Candy Pop’ itu hanya akan dikeluarkan pada 7 Februari akan datang, tetapi muzik video lagu itu talah pun dikeluarkan pada hari Khamis lalu dan telah mendapat lebih daripada 4 juta tontonan.

Muzik video arahan Kyougoku Naohiko itu bermula dengan adegen kanak-kanak perempuan yang kelihatan kebosanan di dalam bilik, dan kemudian membuka televisyen untuk menonton siri animasi bertajuk ‘Candy Pop’ dimana karakter dalam siri animasi itu adalah kumpulan Twice.

Sama seperti lagu-lagunya sebelum ini, ‘Candy Pop’ masih mengekalkan melodi ‘catchy’, konsep keperempuanan dan comel yang sering ditunjukkan oleh kumpulan itu. Sementara itu, ‘Candy Pop’ adalah single kedua Bahasa Jepun kumpulan Twice selepas ‘One More Time’.

Selain ‘Candy Pop’, single terbaru Twice itu juga turut mempunyai satu lagi lagu yang bertajuk ‘Brand New Girl’. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *