Umat Islam wajib ada sikap ‘Tabayyun’ dalam melayari media sosial

Tabayyun adalah bermaksud mencari kebenaran tentang sesuatu perkara sehingga mengetahui perkara sebenarnya. Erti mudah yang sering terjadi di media sosial sekarang adalah jika kita menerima sesuatu berita jangan terus cepat untuk percaya.

Apabila menerima satu berita ia perlukan penjelasan atau pengesahan daripada pihak yang berkelayakan untuk mengelakkan timbul dosa akibat tindakan yang tidak adil dilakukan.

Allah pernah berfirman tentang Tabuyyun ini, iaitu “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Israa’:36)

Umat Islam diwajibkan untuk ada sikap tabayyun ini terutamanya dalam melayari media sosial dengan arus penyebaran maklumat yang sangat pantas ini. Apabila menerima maklumat yang tidak dapat dipastikan kebenaranya ramai pengguna media sosial dilihat terlalu cepat menuding jari kepada satu pihak tanpa mengetahui tentang perkara sebenarnya.

Masih ramai lagi umat Islam yang melanggar tabayyun terutamanya dalam isu ucap selamat kepada penganut agama lain. Malaysia mempunyai terdapat pelbagai agama dan kaum tetapi perlu lebih berhati-hati dalam memberi ucapan selamat kepada penganut agama lain.

Dalam kes kritikan terhadap Mufti Perak, sepatutnya pengkritik memahami teguran dan nasihat yang diberikan Mufti Perak tentang membunuh diri adalah perbuatan yang tercela bagi orang Islam.

Selain itu, bertafakur dan memasang lilin untuk seorang yang mati bunuh diri adalah salah bagi orang Islam walaupun ada merupakan unsur doa. Tidak salah untuk berdoa untuk orang bukan Islam tetapi ada syarat dan peraturannya.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah melarang umat Islam untuk menyertai upacara bertafakur dan memasang lilin untuk memperingati penyanyi terkemuka K-pop terkenal, Kim Jong-hyun yang membunuh diri akibat tidak dapat melawan kemurungan yang dialaminya.

Namun begitu, larangan Mufti Perak itu telah mendapat kritikan oleh sesetengah pihak dan menyifatkan tidak ada salahnya memperingati dan berdoa untuk penyanyi K-pop terbabit.

Bagaimanapun, kebanyakkan individu yang mengkritik larangan Mufti Perak itu adalah orang Islam. Apapun, penting sikap tabayyun dalam diri setiap umat Islam untuk mengelakkan kita mempersoal teguran atau nasihat yang telah diberikan mufti hanya kerana terlalu taksub dengan seseorang itu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *