Vin Diesel Kalahkan The Rock Untuk Pendapatan Paling Tinggi Tahun 2017

Senarai tahunan untuk pelakon yang mendapat pendapatan tertinggi di sepanjang tahun 2017 oleh majalah Forbes akhirnya telah dikeluarkan yang mana untuk tahun ini menunjukkan nama pelakon ‘Fast & Furious’, Vin Diesel berada di kedudukan nombor satu.

Pendapatan kasar Vin Diesel untuk tahun 2018 dianggarkan mencapai USD1.6 bilion dan ia diperolehi hasil dari membintangi filem-filem seperti ‘xXx: Return of Xander Cage’, ‘The Fate of the Furious’ dan hasil sumbangan suaranya sebagai Baby Groot dalam filem ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’.

Sementara itu, Dwayne “The Rock” Johnson pula yang menduduki kedudukan nombor satu pelakon menerima bayaran paling tinggi pada tahun lepas hanya berada di kedudukan kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak USD1.5 bilion.

Namun, jumlah pendapatan itu tidak termasuk dengan hasil keuntungan yang diperolehi oleh filem terbaru yang dibintanginya iaitu ‘Jumaji: Welcome to the Jungle’ yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Manakala kedudukan ketiga pula diduduki oleh peneraju utama filem ‘Wonder Woman’ iaitu Gal Gadot  dengan rekod pendapatan sebanyak USD1.4 bilion disepanjang tahun 2017. Menurut Forbes, pendapatan terbesar yang diperolehi oleh pelakon kelahiran Israel itu datangnya daripada watak pertamanya iaitu sebagai Puteri Amazon.

Dimana filem itu juga telah mendapat pendapatan paling tinggi iaitu sebanyak USD822 juta, dan pendapatan seterusnya diperoleh pulai daripada kemunculannya dalam filem ‘Justice League’ sebagai Diana.

Selain itu, dua bintang muda Star Wars iaitu Daisy Ridley dan John Boyega turut tercalon dalam senarai untuk pertama kali dan sudah pastinya ia adalah hasil dari keuntungan filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ dan beberapa filem kecil yang mereka bintangi pada tahun lalu.

Dan, berikut merupakan senarai 10 pelakon yang telah mendapat pendapatan tertinggi untuk tahun 2017;

  1. Vin Diesel – USD1.6 bilion
  2. Dwayne Johnson – USD1.5 bilion
  3. Gal Gadot – USD1.4 bilion
  4. Emma Watson – USD1.3 bilion
  5. Johnny Depp – USD1.1 bilion
  6. Daisy Ridley – USD1.08 bilion
  7. Tom Holland – USD888 bilion
  8. Chris Pratt – USD864 bilion
  9. Chris Hemsworth – USD845 bilion
  10. John Boyega – USD815 bilion

 

-utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *