Vokalis Nidji Dedah Diancam Bunuh Kerana Cuba Berpolitik

Permulaan karier politik untuk vokalis kumpulan Nidji, Giring Gesha ternyata tidak berjalan dengan lancar kerana dia bukan sahaja mendapat tentangan dari keluarganya tetapi juga daripada sesetengah pihak yang kurang menyenangi penglibatan Giring dalam dunia politik.

Penglibatan Giring dalam dunia politik Indonesia bermula apabila dia melihat sendiri keadaan masyarakat di pelbagai tempat di Indonesia. Namun, Giring sedar yang keputusannya itu sangat berisiko, jadi dia telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan risiko, serta tanggapan dari masyarakat yang pastinya berbeza.

Akan tetapi, tentangan yang diterima Giring apabila terlibat dalam dunia politik ternyata bukan biasa-biasa kerana menurut laporan akhbar Indonesia, Giring sendiri mengakui yang dia pernah menerima ancaman bunuh daripada individu yang tidak menyukai kelantangan dia bersuara dalam hal politik.

Akibat ancaman ugutan itu, isterinya, Cynthia Riza menangis ketakutan dan meminta Giring mengambil pengawal keselamatan untuk memastikan keselamatan dirinya terjaga.  Tapi, Giring tidak mengendahkan semua itu dan memilih untuk tidak mengambil pengawal keselamatan.

Itu kerana baginya, dia bukanlah ahli parlimen dan tidak mempunyai wang. Pada Giring selagi niatnya masuk ke dalam dunia politik baik, dia pasti dilindungi oleh Allah SWT.  Betul itu asalkan niat itu baik, tiada apa yang perlu ditakutkan.

Tapi, apa yang berlaku pada Giring itu seakan-akan sama seperti yang berlaku kepada Fathia Latiff cuma bezanya Fathia tidak menyertai politik tetapi disebabkan oleh kelantangannya bersuara, Fathia pernah berkongsi mengatakan yang dia telah diserang oleh individu bersenjata.

Namun, sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat jadi tidak pasti sama ada dakwaan Fathia itu benar ataupun tidak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *