Wabak demam campak bunuh 100 kanak-kanak di Papua

JAKARTA: Wabak demam campak dikhuatiri membunuh hampir 100 kanak-kanak yang kurang zat di Papua, membongkar krisis kesihatan yang melanda melanda wilayah timur Indonesia itu.

Jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi berkata, sejumlah 69 kanak-kanak maut di rantau terpencil Asmat, manakala 27 orang lagi menemui ajal di kawasan pedalaman Oksibil.

“Kami menerima laporan penduduk kampung berkaitan penularan wabak yang turut berlaku di Oksibil.

“Anggota mengesahkannya, namun kami perlu memeriksa berapa ramai lagi yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, disebabkan kanak-kanak itu kurang zat, penyakit campak yang dianggap tidak berbahaya menjadikan mereka tidak mampu menanggung kesannya.

Kerajaan dan tentera sudah menghantar pasukan perubatan serta membekalkan penduduk kampung dengan ubat-ubatan, vaksin, peralatan perubatan dan makanan berkhasiat. Mereka dijangka tiba esok. -AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *