Wanita hamil gigit zakar lelaki cuba rogolnya di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Seorang wanita di Afrika Selatan menggigit zakar lelaki yang cuba merogolnya, dalam kejadian disaksikan anaknya yang berusia lima tahun, kata polis hari ini ketika usaha mencari penyerang mengalami ‘cedera teruk’ itu dilakukan.

Wanita hamil bersama anaknya itu sedang melakukan kembara tumpang ke wilayah timur laut Mpumalanga sejak Isnin ketika dua lelaki sudi menumpangkan mereka sebelum mengacukan senjata dan memandu kereta menuju ke kawasan semak.

“Salah seorang lelaki berkenaan cuba merogol wanita itu di depan anaknya.

“Ketika pergelutan berlaku, wanita berkenaan berjaya menggigit bahagian sulit lelaki berkenaan menyebabkan dia terus melarikan diri,” kata polis Mpumalanga dalam satu kenyataan.

Polis menghubungi klinik perubatan di sekitar kawasan berkenaan bagi menanyakan sama ada mereka ada merawat lelaki yang ‘cedera teruk’ di kawasan alat sulit tetapi zakar perogol itu tidak putus sepenuhnya.

Wanita berkenaan diserang di luar pekan kecil di White River.

Menurut polis, lebih 100 kejadian rogol dilaporkan setiap hari di Afrika Selatan dan jumlah dikatakan semakin meningkat.

Polis kerap berhadapan tuduhan tidak melakukan siasatan terperinci sekali gus gagal membela nasib mangsa. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *