Warna Lidah Tentukan Penyakit Dalam Badan

Tahukah anda, sebenarnya warna lidah ni mempengaruhi tahap kesihatan badan kita. Mesti ramai yang tak tahu kan? Sebab tu la bila kita buat pemeriksaan di klinik, doktor akan suruh kita jelirkan lidah.

Okay… baru harini tahu ada sebabnya.

Jom baca antara tanda-tanda penyakit berdasarkan warna lidah kita;

1. Lidah Kekuningan

Ini menandakan peratusan sel darah kuning dalam badan anda tinggi dan berkemungkinan akan terkena demam kuning. Ini selalunya terjadi pada bayi dan amat jarang sangat berlaku pada orang dewasa.

2. Lidah Merah Pucat

Berkemungkinan anda mengalami penyakit anemia atau kekurangan darah merah dalam badan. Apa-apa pun anda dinasihatkan segera untuk mendapatkan rawatan di hospital untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.

3. Lidah Kebiruan

Jika anda mendapati lidah berwarna biru-kebiruan, ia adalah tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan jantung atau organ-organ penafasan lain. Segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

4. Lidak Keputihan

Kebiasaannya lidah putih ini menandakan anda sedang mengalami demam dan gangguan pada sistem pencernaan tubuh seperti cirit birit.

5. Lidah Bergetar

Jika mendapati lidah anda bergetar semasa dikeluarkan, itu tandanya anda mungkin mengalami sebarang keracunan ataupun menghidap penyakit gangguan saraf.

Haa..tunggu apa lagi, check la cepat lidah anda berwarna apa sekarang. Apa-apa pun anda dinasihatkan supaya merujuk dengan doktor dahulu sebelum pandai-pandai diagnos penyakit sendiri, nanti lain pula jadinya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *