13,000 kakitangan kereta api India gemar ponteng, diberhentikan dari perkhidmatan

KEBANYAKAN penjawat awam di India gemar culas dalam menjalankan tugas kerana tiada pemantauan berlaku dilakukan ke atas mereka.

Namun, ia tidak lagi mudah apabila syarikat Kereta Api India mula menjejaki pekerjanya yang sering ‘hilang’ atau bercuti panjang tanpa mendapatkan kelulusan.

Lebih 13,000 pekerja Kumpulan C & D telah dikenalpasti dan mungkin akan diberhentikan daripada perkhidmatan.

Tindakan itu diambil selepas Menteri Kereta Api, Piyush Goyal meminta pihak pengurusan tertinggi agar menjejaki pekerja yang gemar ponteng di beberapa laluan kereta api secara besar-besaran.

“Hasilnya, lebih 13,000 daripada 1.3 juta pekerja dikenal pasti bercuti lama tanpa mendapatkan kelulusan,” kata pegawai kereta api melalui satu kenyataan.

Ini bermakna, Kereta Api India yang memiliki antara pekerja teramai di dunia akan menamatkan kira-kira satu peratus daripada jumlah tenaga kerjanya. – India Times

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *