15 lelaki, 3 wanita maut, kemalangan bas dua tingkat di Hong Kong

HONG KONG : Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat terlibat dalam kemalangan di pinggir bandar Hong Kong ke selatan China pada hari Sabtu.

Video dari sebuah media tempatan menunjukkan kakitangan pasukan kecemasan bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa dari bas yang remuk.

Polis mengesahkan bahawa 15 lelaki dan tiga wanita terbunuh dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun belum ada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai identiti mangsa dan punca sebenar kejadian sedang dalam siasatan.

Sumber – astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *