2 kereta api bertembung di Austria, 1 wanita maut, 22 cedera

VIENNA: Seorang wanita maut manakala 22 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di Styria, Austria hari ini.

Menurut polis, tiga kanak-kanak antara yang cedera dalam kemalangan sebelum jam 1 tengah hari waktu tempatan di bandar Niklasdorf.

Menurut syarikat kereta api Austria, tren antara bandar bertembung dengan tren penumpang serantau, menyebabkan beberapa gerabak tergelincir.

Punca kemalangan sedang disiasat. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *