4 pekerja pengangkutan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah rogol, bunuh pelajar

DHAKA – BANGLADESH. Empat pekerja pengangkutan telah dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Bangladesh tengah selepas didapati bersalah merogol dan membunuh seorang pelajar undang-undang dalam sebuah bas yang sedang bergerak, lapor agensi berita China Xinhua.

Seorang pemangku hakim Tribunal Pencegahan Penindasan terhadap Kanak-Kanak dan Wanita di daerah Tangail, kira-kira 97 kilometer dari Dhaka, menjatuhi hukuman itu pada Isnin.

Mahkamah itu turut menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda 100,000 taka (kira-kira US$1,204) ke atas penyelia syarikat bas berkenaan.

Orang ramai di luar bilik mahkamah yang penuh sesak dilaporkan bertepuk tangan selepas Hakim Abul Mansur Ahmed menjatuhi hukuman itu ke atas keempat-empat pekerja pengangkutan.

Pelajar undang-undang, Sultana Rupa, telah dirogol beramai-ramai dan dibunuh pada 25 Ogos tahun lepas.

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan yang meluas di Bangladesh. – Bernama

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *