5 Penyanyi Wanita Berpendapatan Tertinggi Di Dunia

Industri muzik adalah satu cabang kerjaya yang paling terkenal di seluruh dunia. Walupun ia menjanjikan peluang yang besar tetapi tidak mudah untuk penyanyi itu sendiri terutama sekali golongan wanita untuk sampai ke puncak kejayaan.

Malah, disebabkan itu juga, wanita yang bercita-cita ingin menduduki puncak kejayaan sebagai penyanyi perlu berusaha dua kali lebih keras untuk mencapai ketempat yang dimonopoli oleh golongan lelaki dengan mudah.

Namun, itu kini bukan satu perkara yang mustahil kerana penyanyi wanita juga boleh mencapai kedudukan teratas seperti lima orang penyanyi Hollywood ini yang mengumpul pendapatan tertinggi untuk tahun 2017 lalu.

  1. Madonna

Meksipun sudah bergelar penyanyi veteran tetapi Madonna tetap diminati oleh ramai orang dan disebabkan itu juga tidak hairanlah mengapa Madonna masih boleh menjadi penyanyi paling terkaya untuk tahun 2017.

Yang mana selain daripada hasil jimat cermatnya dengan tidak mengunakan kad kredit untuk membeli keperluan, Madonna juga turut mendapatkan hasil pendapatan daripada konsertnya, ‘RebeL Heart Tour’ yang telah mengutip keuntungan sebanyak $170 juta.

  1. Celine Dion

Selain menyanyi, Celine Dion juga merupakan seorang ahli perniagaan cemerlang yang memiliki kelab golf, resotran dan juga kelab malam. Itu membuatkan pendapatan bersih Dion bertambah mencecah $630 juta.

  1. Mariah Carey

Kemantapan vokal Mariah Carey memang tiada tandingan. Penyanyi, ‘Always Be My Baby’ itu juga telah menjual lebih daripada 200 juta album di seluruh dunia. Ketika menjadi juri American Idol, Mariah dikatakan telah menerima bayaran sebanyak 18 juta.

Dan, atas sebab itu juga Mariah telah berjaya menduduki tangga ketiga dengan pendapatan bersih berniali $536 juta.

  1. Beyonce

Isteri kepada rappers terkenal Jay Z iaitu Beyonce itu sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia hiburan. Malah, selain daripada bergelar seorang penyanyi, Beyonce juga merupakan seorang ahli perniagaan yang melakukan banyak pelaburan.

Malah, konsert seluruh dunianya juga telah membawa hasil bernilai berjuta-juta dollar dan itu membuatkan pendapatan bersih Beyonce kini telah mencecah $535 juta.

  1. Dolly Parton

Pengemar muzik country pasti akan mengenali nama Dolly Parton dimana dengan tujuh anugerah Academy dan lapan anugerah Grammies itu sudah cukup membuktikan yang Parton adalah penghibur yang sangat berbakat.

Sehinggakan dia berjaya mengumpul pendapatan sebanyak $450 juta. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *