Aaron Aziz Kini Sibuk Beri Ceramah Dan Program Amal

Semenjak dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelarang Datuk pada 16 Disember lalu, pelakon terkenal, Aaron Aziz mengakui yang dia telah menerima banyak tawaran menjadi penceramah bagi program motivasi.

Menurut pelakon ’KL Gangster’ itu sejujurnya dia tidak menyangka akan mendapat banyak undangan untuk menjadi penceramah motivasi. Namun, selain menjadi penceramah motivasi, dia juga turut diundang untuk menjayakan program amal dan aktiviti yang melibatkan isu semasa.

Dimana, Aaron akan turut padang untuk melihat sendiri masalah orang yang memerlukan itu. Bercakap mengenai darjah kebesaran serta pingat yang diterimanya itu, Aaron mengatakan yang itu umpama satu tanggungjawab yang diamanahkan untuknya supaya berbakti pada masyarakat.

Oleh itu, Aaron berharap agar dia dapat mengunakan amanat itu sebaiknya. Malah, Aaron juga tidak mahu gelaran Datuk yang dibawanya itu menjadi beban kepada orang ramai supaya memanggilnya ‘Datuk’ kerana padaya dirinya masih sama seperti dahulu.

Tetapi, dia juga tidak kisah jika orang ingin memanggilnya Datuk kerana itu adalah hak masing-masing asalkan panggilan itu bukan panggilan yang tidak sepatutnya atau kurang sopan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *