Adi Putra Berbangga Dapat Watak Pahlawan Mat Kilau

Selepas tertanya-tanya siapakah pelakon lelaki terhebat tanah air yang akan memengang watak pahlawan epik ‘Mat Kilau’ dalam filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, kini persoalan itu telah diterjawab dimana watak itu akan menjadi milik, Datuk Adi Putra.

Namun, walaupun berasa bangga dan bersyukur terpilih untuk melakonkan watak pahlawan Melayu itu tetapi perasaan takut serta risau turut sama menghantui pelakon filem, ‘KL Gangster’ itu kerana, bagi Adi itu adalah satu tanggungjawab terbesar untuknya.

Mungkin pada sesetengah orang itu adalah perkara mudah untuk pelakon terutama sekali yang berbakat seperti Adi tetapi bagi Adi, dia tetapi berasa bimbang kerana tidak tertanya-tanya mampukah dia keluar dari kepompong selesa demi merealisasikan watak epik pahlawan melayu itu.

Malah, bukan itu sahaja, tapi Adi juga turut perlu mengambil masa berfikir mengenai masa serta ruang supaya dia dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk filem itu kerana dia juga perlu menyelesaikan beberapa kerja serta drama siri.

Disebabkan itu juga, Adi mengambil masa selama dua bulan untuk berfikir secara masak-masak sebelum menerima tawaran itu. Jelas Adi, dia perlu ruang untuk bersiap sedia supaya dirinya boleh membawakan watak itu dengan sempurna seperti yang diinginkan oleh pengarah dan penerbit.

Sehinggakan demi untuk memberikan gambaran yang betul dan tepat kepada generasi sekarang mengenai siapa sebenarnya pahlawan Mat Kilau itu, Adi juga telah membuat beberapa kajian sendiri mengenai Mat Kilau.

Meskipun ia satu yang mencabar, tapi pasti pelakon berbakat seperti Adi mampu bawakan watak itu dengan baik. Tidak sabar rasanya ingin lihat bagaimana Adi bawakan watak Mat Kilau itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *