Penganggur beri alasan guna air ketum rawat kencing manis

Jika orang tua-tua dahulu memang menjadikan air ketum sebagai untuk perubatan tradisional merawat kesihatan dalaman badan. Tetapi, air ketum ini mula diolah dengan menambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti panadol.

Selain itu, ada yang lebih hebat dengan campurkan air ketum dengan serbuk ubat nyamuk. Gejala air ketum ini semakin berleluasa terutamanya di utara tanah air dan ia semakin menjadi kebimbangan dalam masyarakat.

Disebabkan boleh didapati dengan harga yang murah, air ketum ini juga sudah semakin menular dalam kalangan pelajar sekolah. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mencegah gejala ini agar tidak berleluasa.

Terkini, seorang penganggur mendakwa dia menjadikan air ketum sebagai ubat rawat kencing manis. Zulkefli Mohd Yasin, 46, telah dihadapkan ke mahkamah Majistret didapati bersalah memiliki 1.22 liter cecair mitraginin di rumahnya di Taman Desa, Cempaka, Nilai.

Zulkefli telah menjadikan alasan menjadikan air ketum sebagai ubat penawar air kencing manis. Namun, Majistret V VAnita telah membuat keputusan dan dia telah didenda RM2,300.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh membuat rayuan agar dapat meringankan hukuman dengan menggunakan alasan air ketum terbabit hanya dijadikan ubat sakit kencing manis yang dihadapi olehnya.

Sementara itu, isu ketum ini disifatkan sebagai ancaman kepada generasi muda. Ramai generasi muda yang mula mencuba air ketum sebelum terjebak dengan penyalahgunaan dadah. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *