AirAsia tempatkan kru kabin lelaki untuk penerbangan ke Acheh

Pihak berkuasa wilayah Indonesia iaitu Aceh telah mengeluarkan surat kepada syarikat penerbangan untuk mengarahkan kru kabin wanita Muslim mereka mengenakan tudung semasa ketibaan di wilayah terbabit atau mereka akan berdepan dengan hukuman pihak berkuasa.

Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali berkata arahan terbabit dikeluarkan kerana terdapat pramugari yang tidak mengikuti peraturan baharu itu ketika berada di wilayah itu walaupun hanya untuk tempoh yang singkat.

Beliau berkata, mana-mana pramugari Islam yang tidak mematuhi peraturan itu akan diberi teguran dan polis syariah akan menahan mereka yang mengulangi kesalahan terbabit.

Antara penerbangan yang disenaraikan menerima surat terbabit adalah Garuda Indonesia, Lion Air, Batik Air, Citilink, Sriwijaya Air, Wings Air, AirAsia dan Firefly yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Blang Bintang.

AirAsia yang turut tersenarai sebagai menerima surat mengenai peraturan baharu di laksanakan wilayah Acheh, AirAsia memaklumkan hanya akan menempatkan kru kabin lelaki sahaja untuk penerbangan ke Aceh.

Kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan AirAsia itu mendedahkan mereka komited dalam mematuhi peraturan terbabit.

“Kami komited memastikan operasi kami mematuhi peraturan itu. Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan anak kapal lelaki,” kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Sementara itu, Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong dipetik The Star memaklumkan pihak mereka pula hanya akan menugaskan pramugara atau pramugari bukan Islam untuk penerbangan ke Acheh dan menyediakan lapisan tambahan untuk baju seragam mereka.

“Kami masih menilai keadaan itu. Jadi, belum ada keputusan konkrit dibuat.” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *