Aksi Nabila Razali Terlajak Over Di AJL32 Terima Kecaman

Meskipun telah melabuhkan tirainya pada malam Ahad lepas, dengan lagu ‘Jampi’ nyanyian dan ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong diumumkan sebagai juara kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) masih terasa sehingga ke hari ini.

Diantara beberapa momen-momen menarik yang berlaku di sepanjang AJL 32 berlangsung terdapat satu momen yang meninggalkan pertanyaan pada netizen sehinggakan ia menjadi salah satu isu yang hangat menjadi perbualan di media sosial.

Momen itu adalah detik dimana Nabila Razali dilihat sedang menahan sebak apabila mendengar ucapan pengharaan daripada rakannya iaitu Hael Husaini selepas menjadi juara. Netizen yang sempat melihat situasti itu mula mempertikaikan mengapa Nabila menangis terlebih sedangkan Hael yang menang.

Sehinggakan terdapat netizen yang tertanya-tanya mengapa Nabila menangis? Adakah Nabila dan Hael mempunyai apa-apa hubungan yang istimewa? Malah, lebih melucukan adalah apabila terdapat golongan ibu-ibu yang turut menonton AJL berfikiran yang Nabila itu adalah isteri Hael.

Betul juga, selalunya hanya orang yang betul-betul rapat yang akan lebih terasa. Namun, ada juga netizen yang mengatakan persahabatan diantara Hael dengan Nabila adalah satu ‘friendship goal’ dan itu adalah tangsian kegembiraan kerana Nabila bangga dengan kejayaan rakan Akedemi Fantasianya itu.

Tapi, ada juga yang meragui yang aksi terlajak sebak Nabila pada Hael itu adalah kerana dia bakal mengeluarkan lagu baru. Wow, adakah itu strategi pemasaran terbaru daripada Nabila selepas Aedy Ashraf?

Tiada kepastian dan itu hanyalah andaian daripada netizen sahaja, mungkin Nabila benar-benar terharu dengan kajayaan rakannya Hael. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *