‘Ali Setan’ Kini Hanya Tinggal Kenangan..

Semalam industri seni digemparkan dengan khabar duka dimana pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha disahkan telah meninggal dunia di kediaman keluarganya di Shah Alam akibat sakit jantung.

Turut merasai kehilangan itu adalah gandingannya sewaktu membintangi filem ‘Ali Setan’ iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud dimana akibat terlalu terkejut sewaktu menerima berita itu, badan Ogy telah menggigil.

Namun, Ogy tetap rasa bersyukur yang segala urusan pemergian rakan artis yang bukan sahaja sahabatnya tetapi telah dianggap seperti abang itu dipermudahkan. Tidak dapat menahan rasa sedihnya, Ogy meluahkan yang selepas ini tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali.

Menurut Ogy, nama panggilan itu telah diguna olehnya dan juga Azmil untuk memanggil sesama sendiri selepas membintangi filem ‘Ali Setan’ dan nama “Asmidar” dan “Ali” itu telah mereka gunakan sehingga ke hari ini. Tetapi, itu semua hanya tinggal kenangan.

Kali terakhir Ogy bercakap dengan Azmil adalah sewaktu ingin mengundangnya menjadi tetamu jemputan ke program ‘Huru Hara’ tetapi Azmil menolak kerana sudah lama tidak menonton televisyen.

Jelas Ogy, Azmil adalah seorang individu yang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual kerana tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Malah, Azmil juga adalah orang yang paling banyak memberikan sokongan padanya tidak kira apa sahaja yang dia ingin lakukan.

Sejak dua tahun lepas, kesihatan Azmil dikatakan sudah semakin merosot dan pernah dilaporkan kritikal. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *