Amalan bawa bekal ke pejabat bantu ringankan kos sara hidup

Peningkatan kos sara hidup memang tidak dapat dielakkan. Malah, kos sara hidup dilihat meningkat dari semasa ke semasa. Selalunya orang ramai akan merungut apabila berlaku peningkatan kos sara hidup ini.

Peningkatan ini juga memberi kesan kepada kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang ini bukanlah mudah untuk dikawal kerajaan kerana harga bergantung faktor bekalan dan permintaan.

Selain kenaikan harga barang, peningkatan harga rumah juga menyesakkan dada. Disebabkan itu juga masih ramai rakyat malaysia hidup menyewa. Harga pasaran rumah mampu milik RM250,000 ke atas menjadi seperti ‘rumah mampu tengok’ sahaja.

Namun begitu, tiada apa yang dapat berubah jika masyarakat terus merungut. Oleh itu, rakyat malaysia patutlah berusaha untuk menangani kos sara hidup ini. Terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilakukan, antaranya adalah berjimat cermat dengan membawa bekal ke sekolah atau tempat kerja.

Perkara ini tanpa sedar bukan sahaja menjimatkan kos tetapi apabila membawa bekal air tangan ibu atau isteri ianya pasti lebih berkhasiat. Tiada perkara yang hendak dimalukan jika membawa bekal ke sekolah atau pejabat.

Kaum isteri atau ibu juga tidak lagi boleh memberikan alasan tidak tahu menu berkhasiat apa yang perlu dibekalkan pada anak atau suami kerana terdapat banyak menu yang dikongsikan di laman sosial.

Walaubagaimanapun, semua itu berbalik kepada individu itu sendiri. Jika individu itu pandai menguruskan kewangan dan berjimat kenaikan kos sara hidup ini tidak akan menjejaskan mereka.

Sebenarnya kos sara hidup di Malaysia tidak tinggi bahkan antara yang rendah. Tetapi, sikap segelintir masyarakat gaji kecil tetapi berbelanja besar iaitu mengutamakan perbelanjaan mengikut kehendak berbanding keperluan.

Perkara ini juga berkaitan masalah kawalan diri, tepuk dada tanya selera. Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat seperti ini, kita kena lebih bijak menguruskan kewangan.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *