Anak Lelaki Will Smith Jadikan G Dragon Sebagai Inspirasi

Anak lelaki pasangan sensasi Hollywood, Will Smith dan Jada Pinkett Smith iaitu Jaden Smith ternyata bukan sahaja seorang pelakon dan penyanyi rap tetapi Jaden juga merupakan seorang ikon fesyen untuk generasi muda masa kini.

Kehebatan Jeden dalam dunia fesyen terbukti apabila dia adalah lelaki pertama yang dilantik menjadi model sempena kempen koleksi wanita musim bunga/panas 2016 Louis Vuitton. Dimana untuk kempen bertemakan ‘The Heroine’ itu, Jaden mengayakan “pleated skirt-suit” yang secara amnya direka untuk wanita.

Jelas Jaden, peluang untuk berkerjasama dengan jenama terkenal seperti LV itu adalah satu kepuasan buat dirinya yang sentiasa dahagakan pembaharuan.

Malah bukan sekadar model sahaja tetapi gaya yang ditunjukkan oleh Jaden setiap kali hadir ke karpet merah juga turut tidak pernah menghampakan. Meskipun kadang-kala gaya itu kelihatan agak sukar untuk difahami tetapi Jaden mampu mengayakannya dengan penuh keyakinan.

Malah selain pemakaian, Jaden juga turut bereskperimen menerusi gaya rambutnya. Sebut sahaja gaya atau warna rambut apa pasti semua telah dicuba oleh rappers yang sangat meminati bintang terkenal Korea Selatan iaitu G-Dragon.

Jaden mengakui yang GD adalah sumber inspirasi serta idolanya dalam mengembangkan karier sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat. Malah, Jaden juga pernah dengan bangganya menulis di Twitternya yang ketua kumpulan Big Bang itu adalah inspirasinya.

Bagi yang tidak tahu, Will Smith pernah terbang ke Korea Selatan semata-mata untuk membawak anaknya itu bertemu dan bergambar dengan idolanya itu. Sangat bertuah, mungkin Jaden boleh keluarkan lagu kolaborasi bersama GD. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *