Artis dari Taiwan hasilkan replika mini anjing terkecil di dunia

SEORANG artis dari Taiwan replika mini anjing terkecil di dunia untuk menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Lelaki itu menghasilkan tiga ekor anak anjing yang berukuran 0.0099 sentimeter yang muat diletakkan di hujung mata pensil.

Replika itu adalah simbolik kepada Tahun Anjing yang bermula pada Jumaat ini.

Chen Forng-Shean menghasilkan replika mini yang diinspirasikan oleh zodiak dalam kalendar Cina untuk tempoh lebih 20 tahun.

Katanya kepada Reuters: “Kesukaran menghasilkan anjing ini adalah setiap satu berukuran satu milimeter dan perlu menggunakan kanta pembesar, jarum tajam dan pisau kecil untuk mengukirnya.

“Ketika mengukir empat kaki dan kepala anjing itu, saya selalu gagal. Hampir 10 kali cubaan untuk menghasilkannya. Tiga ekor anjing ini adalah hasil kerja yang memuaskan hati saya.”

Zodiak kalendar Cina mempunyai 12 haiwan termasuk naga, harimau dan monyet.

Bayi yang dilahirkan pada Tahun Anjing dipercayai akan menjadi seorang yang setia, rajin, sedikit degil dan sensitif.

Antara figura awam yang lahir pada Tahun Anjing ialah Bill Clinton, George W Bush dan Donald Trump. – Newsweek

 

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *