Awie Setuju Penyebar Berita Palsu Dikenakan Tindakan

Dalam dunia yang serba moden ini, penyebaran berita-berita palsu kelihatan semakin berleluasa terutama sekali di media sosial meskipun tidak mengetahui kesahihan berita itu, tetapi disebabkan ingin menjadi ‘terkenal’ seorang individu itu sanggup menyebarkan cerita yang tidak benar.

Sehinggakan disebabkan oleh penyebaran itu semakin tidak terkawal, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan yang kerajaan akan mengaji satu undang-undang baru bagi mengawal pemularan berita palsu di negara ini.

Cadangan mengenai pengubalan undang-undang itu turut disokong oleh penyanyi rock serta pelakon terkenal yang turut pernah menjadi mangsa penyebaran berita palsu di media sosial iaitu, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

Pelakon ‘Zombie Kampung Pisang’ itu mengakui menjadi mangsa penyebaran berita palsu adalah satu ‘detik ngeri’ untuknya terutama sekali apabila berita yang mengatakan dia telah meninggal dunia tersebar lebih daripada 10 kali.

Disebabkan oleh berita seperti itu, kesannya bukan hanya Awie sahaja rasakan tetapi turut dirasai oleh seluruh ahli keluarganya yang sudah pasti akan berasa bimbang akan keadaan dirinya selepas mendengar berita seperti itu.

Namun, bukan itu sahaja, tetapi Awie juga pernah menjadi mangsa politik apabila gambar bajunya dijadikan bahan untuk mencetuskan kontroversi tanpa pengetahuannya. Walhal, kalau ikut pemikiran logik, sudah pasti Awie tidak tergamak ingin melakukan perkara seperti itu.

Oleh itu, Awie berasa hairan mengapa ada individu sanggup menyebarkan berita tidak benar seperti itu meskipun tidak tahu berita itu benar ataupun tidak dan disebabkan itu dia bersetuju tindakan diambil.

Ini kerana, selain menjatuhkan reputasi, penyebaran berita palsu itu juga turut akan menjatuhkan maruah orang lain dan ia perlu dianggap sebagai isu serius dan tindakan wajib dilakukan.

Mungkin itu jalan terbaik untuk menghentikan penyebaran berita palsu di media sosial dan dalam masa yang sama mengajar netizen supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita yang tidak benar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *