Baju Sajat Di Inspirasikan Dari Seekor Lalat Hijau.. – Netizen

Selain daripada barisan finalis dan juga selebriti terkenal yang hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil untuk menyaksikan Anugarah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) kelibat pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat juga turut menjadi perhatian ramai.

Malah, kemunculan Sajat yang hadir di bawah undangan Tonton tampil mengayakan gaun sequien hasil rekaan pereka kesayangannya, Gie Ismail turut mendapat ‘spotlight’ serta sorakan meriah daripada penonton pada malam itu.

Namun, dalam sorakan yang diterimanya, terdapat juga netizen mengkritik gaun sequen yang digayakan Sajat dengan mengatakan yang gaun itu diinspirasikan daripada seekor ‘lalat hijau’. Malah, gambar yang membandingkan Sajat dengan ‘lalat hijau’ itu juga turut tular di media sosial.

Menyedari perkara itu, Sajat mengatakan yang dia tidak kisah apa yang orang ingin perkatakan pada bajunya itu kerana faham pemikiran orang berbeza dan dia tidak boleh menyekat fikiran fantasi orang dan memilih untuk bersikap positif.

Mungkin kalau dilihat dari segi warna memang agak kelihatan sedikit sama dan kebetulan sahaja pemilihan warna gaun itu kelihatan sama seperti seekor ‘lalat hijau’. Tidak akan lah gaun itu dihasilkan inspirasi daripada lalat. Kreatif betul pemikiran netizen ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *