Bapa kenakan anak lelaki, sembunyi alat mainan seks dalam beg pakaian

Gelagat lucu si bapa mengenakan anak lelaki dewasanya dengan menyembunyikan alat mainan seks di dalam beg pakaian mangsa, menggelikan hati ramai pengguna media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik Ted Andressen di laman Facebook pada 8 Februari lalu sehingga kini mendapat tontonan lebih 2 juta dan dikongsi lebih 438,000 pengguna Facebook.

“Bila anda letakkan dildo (berukuran) 12 inci di dalam beg galas anak anda.Tak ternilai harganya…,” tulis si bapa.

Insiden memalukan itu memaparkan mangsa dalam keadaan terpinga-pinga apabila pengawal keselamatan wanita di sebuah lapangan terbang menemui sebuah dildo atau alat mainan seks berukuran 12 inci ‘tersembunyi’ di dalam beg galasnya.

Portal Mirror melaporkan Ted, dari New Orleans di Louisiana, menyeludup alat mainan seks tersebut bersama dengan pelincir di dalam beg galas yang dibawa anaknya.

Sebaik sahaja tiba untuk pemeriksaan keselamatan, Ted dilihat mula merakam kejadian itu dan menunggu anggota keselamatan wanita terbabit menemui alat mainan seks tersebut.

Si anak yang tidak didedahkan namanya – yang jelas tidak menjangkakan sesuatu yang memalukan akan menimpa dirinya dilihat hanya memerhatikan sahaja pemeriksaan tersebut.

Anggota keselamatan terbabit dilihat mengeluarkan satu persatu barangan di dalam beg galas milik mangsa, yang mana barang pertama dikeluarkan adalah bantal leher sebelum dildo yang diletakkan di dalam plastik lutsinar dijumpai.

Pekerja lapangan terbang terbabit yang kelihatan terkejut nyata tidak dapat menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja menemui objek tersebut.

Sementara mangsa hanya mampu menolehkan mukanya ke arah kumpulan perakam, yang mana ketika itu boleh didengari sudah mula mentertawakan dia.

“Lihatlah awak, awak tidak tahu apa yang ada di dalam beg awak,” kata wanita terbabit cuba menenangkan keadaan manakala mangsa merah padam muka akibat malu.

Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan sesekali dilihat cuba menutup wajahnya kerana tidak dapat menahan rasa malu. Dia kemudian menoleh ke arah kemera dan berkata, “Tak guna.”

Rakan-rakannya kemudian menghampiri mangsa lalu memeluknya, dipercayai sebagai ‘meraikan’ kejayaan ‘prank’ terhadap lelaki itu.

Beberapa saat kemudian dia baharu menyedari bagaimana objek tersebut boleh dimasukkan ke dalam beg galasnya.

“Sebab itu kamu semua mahu saya pergi dan merokok.”

“Maaf kerana membuang masa awak, puan,” lelaki itu kedengaran berkata.

Rata-rata pengguna Facebook meninggalkan komen lucu berikutan insiden tersebut, malah ada yang berpendapat mereka mendapat ‘idea’ baharu untuk mengenakan rakan-rakan mereka nanti.

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *