Bayi mati didalam ambulans kerana sikap tak bertanggungjawab pemandu Malaysia

Sebagai pengguna jalan raya beberapa kecemasan seperti ambulans atau double single diberikan pemandu kenderaan lain menandakan anda perlu memberi laluan kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu di Malaysia ini yang seperti tidak mempedulikan kecemasan yang berlaku kepada pihak lain telah memburukkan lagi keadaan.

Sering kali kita terdengar ambulans dalam kecemasan mengalami masalah melibatkan pemandu kenderaan lain tidak memberikan laluan. Terkini, seorang wanita turut berkongsi nasibnya yang telah memberi double single sebagai tanda kecemasan untuk ke hospital tetapi masih tidak diberi laluan orang pengguna jalan raya lain.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nani Sabri berkongsi kisahnya apbila bayinya telah disahkan mati ketika dalam kandungan apabila tiada lagi degupan jantung.

Ketika mengalami kesakitan luar biasa pada kandungannya, Nani telah memandu bersendirian untuk ke hospital dan membuka double single untuk meminta laluan pemandu lain.

Tetapi, tiada siapa yang memberi laluan kepadanya sehinggalah dia bernasib baik terserempak dengan polis trafik yang membantu mengiringinya untuk ke hospital.

Sepajang perjalanan ke hospital diiringi polis trafik terbabit, Nani sempat membuat rakaman video. Rakaman video itu menunjukkan walaupun telah diiringi oleh polis trafik dan membuka double single masih terdapat pemandu yang enggan memberi laluan kepada Nani.

Rakaman video itu telah mendapat reaksi banyak pihak yang rata-rata kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu Malaysia. Ada juga antara netizen yang mendakwa disebabkan ada antara pemandu lain menggunakan double single sesuka hati membuatkan pemandu lain susah percaya jika benar-benar berlaku kecemasan.

Apapun, sebagai pemandu yang prihatin adalah sangat penting untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan semasa berada di jalan raya. Mana tahu dengan sikap lebih prihatin pemandu Malaysia ini dapat menyelamatkan nyawa bayi terbabit.

Hari ini pemandu lain mengalami kecemasan dan meminta untuk diberi laluan, bagaimana pula jika sesuatu berlaku kepada diri, keluarga atau orang terdekat anda yang dalam kecemasan tetapi tidak diberi laluan oleh pemandu kenderaan lain? –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *